Friday, August 14, 2020

Ebook-ebook yang Terciptakan

 Bismillahirrahmanirrahim.

Memugar semangat nak menulis semula dengan membaca ebook-ebook tahun 2018 yang pernah saya tulis.
Tahun 2017-2018 adalah tahun saya aktif sebagai mutawwif dan tour leader.
Antara destinasi impian saya semasa itu adalah trip Turki 8 bandar. Trip ini 10 hari, dan paling lama dalam trip-trip travel holiday.
Semasa saya mohon untuk bawa grup, ramai mutawwif sudah booking. Jadi tak ada rezeki saya. Tapi saya diberi ganti grup lain ke Korea. Alhamdulillah. Saya bawa saja. Manis kenangannya. Dapat main salji.
Kemudian, diberikan rezeki untuk bawa grup Guilin Guangzhou pula. Trip ini pun satu pengalaman yang manis. Dapat naik bot.
Semua trip ini diselang selikan dengan umrah. Belum turun kapal sejak pulang dari Saudi masa itu, terus dapat mesej untuk lapor diri bawa trip.
Memang begitulah kebanyakan mutawwif full time. Saya pun pada masa itu beranikan diri mencuba.
Saya beritahu satu rahsia. Saya memang tak pernah ke Korea. Tak pernah ke China. Tapi saya mahu belajar dan terus belajar. Untuk trip Turki, saya diberi peluang merasmikan route baru Turki 8 Bandar menggunakan Mahan Air.
Satu lagi rahsia, adalah saya menulis ebook seperti dalam gambar setiap kali pulang dari trip. Cuma trip umrah sahaja saya tak sempat tulis ebook.
Namun saya setia berkongsi tip-tip dan pengalaman saya serta mutawwif lain dalam grup mutawwif.
Kuota diberikan bagi mutawwif baru pada masa itu hanyalah 2 trip umrah dan tiada trip lain. Tapi, rezeki Allah beri saya bawa 3 trip umrah dan 3 trip holiday. 3 kali ganda daripada kuota.
Pengalaman bawa grup umrah saya sedikit berbeza. Nanti saya ceritakan. Mohon ingatkan ya.
Semua pengalaman trip itu berguna apabila saya memohon menjadi petugas Haramain.
Moral of the story, cuba buat sehabis baik. Tambah resume dan kelebihan diri supaya dapat yang lebih baik.
Saya ingat nak print ebook ini menjadi buku fizikal. Cuma perlu tambah mukasurat dan konten supaya tebal sikit dan dapat buat spine buku.
Ada tak yang berminat nak dapatkan? Harga sekitar RM18-24 kot.
Kalau berminat, nanti kita buka borang. Jika ramai yang minat nanti bukan mutawwif, saya akan ubahsuai kandungannya supaya sesuai untuk umum.
Maklumlah, ada perkara kurang sesuai didedahkan kepada khalayak.
Hm. Begitulah.

Abu Ahnaf.
Alangkah rindunya nak berjalan lagi...
13 Ogos 2020