Friday, August 14, 2020

Ebook-ebook yang Terciptakan

 Bismillahirrahmanirrahim.

Memugar semangat nak menulis semula dengan membaca ebook-ebook tahun 2018 yang pernah saya tulis.
Tahun 2017-2018 adalah tahun saya aktif sebagai mutawwif dan tour leader.
Antara destinasi impian saya semasa itu adalah trip Turki 8 bandar. Trip ini 10 hari, dan paling lama dalam trip-trip travel holiday.
Semasa saya mohon untuk bawa grup, ramai mutawwif sudah booking. Jadi tak ada rezeki saya. Tapi saya diberi ganti grup lain ke Korea. Alhamdulillah. Saya bawa saja. Manis kenangannya. Dapat main salji.
Kemudian, diberikan rezeki untuk bawa grup Guilin Guangzhou pula. Trip ini pun satu pengalaman yang manis. Dapat naik bot.
Semua trip ini diselang selikan dengan umrah. Belum turun kapal sejak pulang dari Saudi masa itu, terus dapat mesej untuk lapor diri bawa trip.
Memang begitulah kebanyakan mutawwif full time. Saya pun pada masa itu beranikan diri mencuba.
Saya beritahu satu rahsia. Saya memang tak pernah ke Korea. Tak pernah ke China. Tapi saya mahu belajar dan terus belajar. Untuk trip Turki, saya diberi peluang merasmikan route baru Turki 8 Bandar menggunakan Mahan Air.
Satu lagi rahsia, adalah saya menulis ebook seperti dalam gambar setiap kali pulang dari trip. Cuma trip umrah sahaja saya tak sempat tulis ebook.
Namun saya setia berkongsi tip-tip dan pengalaman saya serta mutawwif lain dalam grup mutawwif.
Kuota diberikan bagi mutawwif baru pada masa itu hanyalah 2 trip umrah dan tiada trip lain. Tapi, rezeki Allah beri saya bawa 3 trip umrah dan 3 trip holiday. 3 kali ganda daripada kuota.
Pengalaman bawa grup umrah saya sedikit berbeza. Nanti saya ceritakan. Mohon ingatkan ya.
Semua pengalaman trip itu berguna apabila saya memohon menjadi petugas Haramain.
Moral of the story, cuba buat sehabis baik. Tambah resume dan kelebihan diri supaya dapat yang lebih baik.
Saya ingat nak print ebook ini menjadi buku fizikal. Cuma perlu tambah mukasurat dan konten supaya tebal sikit dan dapat buat spine buku.
Ada tak yang berminat nak dapatkan? Harga sekitar RM18-24 kot.
Kalau berminat, nanti kita buka borang. Jika ramai yang minat nanti bukan mutawwif, saya akan ubahsuai kandungannya supaya sesuai untuk umum.
Maklumlah, ada perkara kurang sesuai didedahkan kepada khalayak.
Hm. Begitulah.

Abu Ahnaf.
Alangkah rindunya nak berjalan lagi...
13 Ogos 2020

Friday, October 20, 2017

Perkhidmatan Mutawwif


Selaras dengan motto Andalusia iaitu Penyucian Jiwa di Tanah Suci, kami membawakan perkhidmatan Mutawwif Andalusia yang bermatlamat membimbing jemaah melaksanakan umrah dengan betul, harga berpatutan dan selamat.

Apakah perkhidmatan yang disediakan?

Di Malaysia
  • Ceramah Bimbingan Kursus Umrah di pejabat Cawangan Andalusia setiap Sabtu dan di Ibu Pejabat Andalusia (Kg Pandan) setiap Ahad. Kursus adalah PERCUMA
  • Perkhidmatan Penceramah Kursus Umrah untuk mana-mana agensi pelancongan atau kumpulan persendirian dengan bayaran RM350 untuk kursus 4 jam (tidak termasuk pengangkutan mutawwif)

Di Tanah Suci
  • Setiap kumpulan kecil jemaah (satu bas sekitar 40-50 orang) akan dibimbing oleh 1 orang mutawwif.
  • Setiap Mutawwif Andalusia bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut : 
  1. Memimpin 3 kali umrah, iaitu
    a) dari Miqat Bir Ali atau Qarnul Manazil, 
    b) dari Miqat Ji'ranah,
    c) dari Miqat Tana'im.
  2. Menjaga kebajikan jemaah sejak bertolak dari tanah air sehinggalah kembali semula ke Malaysia.
  3. Menjadi rujukan kepada jemaah untuk sebarang persoalan berkenaan ibadat, penginapan, makanan dan ziarah.
  4. Bertindak sebagai tour leader bagi rombongan kecil tersebut.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, mohon hubungi :

Cik Zalina Tarmize
Pengurus Hotel/Pengangkutan/Mutawwif
0189581383
zaaeyna.andalusia@gmail.com

Download Majalah Andalusiaku edisi Terbaru 2018/1439H








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Bismillahirrahmanirrahim...
Saya nak tanya sikit.
Adakah tuan puan berniat mahu menunaikan Umrah pada tahun depan, 2018 musim 1439H?

Tetapi...
◆ Tiada masa untuk ke syarikat umrah.
◆ Tidak pasti harga untuk membuat tempahan.
◆ Mahu buat perbandingan harga dahulu.
◆ Tidak tahu syarikat mana yang terbaik.
◆ Mahu tahu syarat-syarat dan terma umrah.
◆ Mahu tahu servis yang sesuai dengan keperluan kewangan dan kesihatan tuan puan.

Jangan risau...

Kami di Andalusia sudi membantu tuan puan...

Tuan puan boleh klik link di bawah.
http://bit.ly/MajalahAndalusiaKu1439H
http://bit.ly/MajalahAndalusiaKu1439H
http://bit.ly/MajalahAndalusiaKu1439H
Untuk muat turun E-Majalah AndalusiaKu Edisi 1439H dan membantu mengatasi situasi tuan puan di atas.

Boleh PM saya juga untuk maklumat lanjut.
www.Andalusia2u.com.my
Rakan Umrah Tuan Puan